Posts

Showing posts from 2009

Buat Si Dia..

Ya Rabbi, Tuhan yang Maha Pengasih & Penyayang.... Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya.. T

Aku Rindu..

Ya ALLAH Ya Rabbi Ya Kareem… Sungguh ku tak tahan menanggung rinduku padaMu Ya ALLAH.. rasa CINTA ku pada Penciptaku.. apakah ini nikmatnya mencintai kekasih junjungan mulia? Kekasih di daerah tinggimu Ya Rasulullah? Namun aku hanya hamba yang dhaif lagi hina.. Yang banyak khilafnya.. Yang banyak cacatnya.. Aku rindukan janji-janjimu ya Tuhan.. Aku rindukan Syurga-Mu.. Aku rindukan Syurga-Mu.. Benar kumerindukannya.. Ingin sekali aku rasakan bahagianya di sana.. Apakah aku layak Wahai Yang Maha Pengasih? Air mataku tumpah lagi... Sudah ku pujuk agar tidak mengalir.. Namun tangisan keinsafan deras mengalir Di pipiku.. Membasahkan kembali wudhuk ku yang telah kering Ya ALLAH.. Nyaman sekali bila sesekali kasihMu menyapaku.. Saat ku kesepian Saat ku kedinginan Saat ku gundah ditimpa musibah Niannya terasa hingga ke sumsum Sekaligus mendamaikan hati yang lara Segala nikmatMu amat kusyukuri Ku mohon agar aku terus menjadi hamba yang bersyukur Kasih sayang ibu dan ayah Ukhwah yang tersemai a

Cinta dan suka

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang. Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira. Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja. Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum. Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja. Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar. Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka. Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis. Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira. Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang

Bila aku jatuh cinta

Bila aku jatuh cinta Allahu Rabbi Aku minta izin Bila suatu saat aku jatuh cinta Jangan biarkan cinta utkMu berkurang Hingga membuat lalai akan adanya Engkau Allahu Rabbi Aku punya pinta Bila suatu saat aku jatuh cinta Penuhilah hatiku dgn bilangan cintaMu yg tak terbatas Biar rasaku padaMu tetap utuh Allahu Rabbi Izinkanlah bila suatu saat aku jatuh cinta Pilihkan utkku seseorg yg hatinya penuh dgn kasihMu dan membuatku semakin mengagumi Mu Allahu Rabbi Bila suatu saat aku jatuh hati Pertemukanlah kami Berikanlah kami kesempatan utk lebih mendekati cinta Mu Allahu Rabbi Pintaku terakhir adalah seandainya ku jatuh hati Jangan pernah Kau palingkan wajahMu dariku Anugerahkanlah aku cintaMu Cinta yg tak pernah pupus oleh waktu Amin...

malaikat memandikan jenazah

ketika peperangan Uhud bermula,Hanzalah baru sahaja selesai melangsungkan perkahwinannya bersama gadis pilihannya & dia tak berkesempatan utk menyertai peperangan itu dr awl.semasa beliau mendapat berita tentang kekalahan tentera muslimin,beliau baru saja bersama dgn isterinya & belum sempat utk mandi janabah.beliau menangguhkan mandi janabahnya,lalu mencapai senjata lantas menuju ke tengah medan peperangan.beliau menyerbu masuk ke dalam barisan musuh yg sesak & berjuang bermati-matian sehingalah beliau menemui syahid. mengikut syariat,jasad yg mati syahid tidak perlu dimandikan melainkan mandi janabah.oleh kerana para sahabat tidak mengetahui beliau perlu dimandikan terlebih dahulu kerana janabah,mereka terus mengebumikannya.sebaik saja jasadnya mahu dikebumikan,Rasulullah pun bersabda,'aku melihat para malaikat sedang memandikan mayat Hanzalah'.Abu Said Sa'adi berkata,'sebaik saja aku mendengar sabda Rasulullah ini terus saja aku k tempat Hanzalah & ak

Ainul Mardhiah

assalamualaikum text ni diambl dr 1 blog yg sye kurg psti hayatilah; Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari tsb). Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan. Kisah......: 'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain (nama puteri bongsu saya - bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan

Sumayyah: Wanita Pertama Yang Syahid

Yasir, seorang pendatang yang kemudian menetap di Mekah. Beliau hidup dalam kesusahan kerana dizalimi oleh pelbagai kabilah, dan tiada siapa yang melindungi beliau. Kehidupan beliau senantiasa di bawah penindasan oleh mereka yang tidak berhati perut... Terpaksalah Yasir menyerahkan dirinya kepada Bani Makhzum. Beliau hidup di bawah kekuasaan Abu Hudzaifah, sehinggalah akhirnya dia dikahwinkan dengan hamba wanita yang bernama Sumayyah. Beliau hidup tenteram bersamanya. Hasil dari pernikahannya, lahirlah anak mereka berdua yang bernama Ammar dan Ubaidullah... Tatkala Ammar bertambah dewasa, beliau mendengar tentang agama baru yang disampaikan oleh Muhammad SAW kepada beliau. Kemudian, berfikirlah Ammar sebagaimana berfikirnya penduduk Mekah. Kerana kesungguhannya dalam berfikir dan fitrahnya yang lurus, maka masuklah beliau ke dalam agama Islam... Ammar kembali ke rumah dan menemui kedua orang tuanya. Beliau menceritakan kejadian yang beliau alami dan kemudiannya menawarkan kepada kedua

Wanita dan air mata

MENGAPA IBU MENANGIS Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya kepada ibunya. "Ibu,mengapa ibu menangis ?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita." Saya tidak mengerti," kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tidak akan mengerti......" Kemudian, anak itu bertanya kepada ayahnya. "Ayah,mengapa ibu menangis ?" Sang ayah menjawab, "Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan." Hanya itu jawapan yang dapat diberikan oleh ayahnya. Lama kemudian, si anak itu menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Pada suatu malam, ia bermimpi dan mendapat petunjuk daripada Allah mengapa wanita mudah sekali menangis. Saat Allah menciptakan wanita, Dia membuat menjadi sangat penting. Allah ciptakan bahunya,agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya. Walaupun, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur. Allah berikan wanita kekuatan untuk m

Hati2 !!9 jenis anak syetan..

Assalamualaikum wbt, Simpanlah baik2 email ini dan sebarkan pada rakan rakan anda sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekelian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga keakhir hayat , Insya'Allah . Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan: 1. Zalituun Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu. 2. Wathiin Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah. 3. A'awan Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama. 4. Haffaf Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (contoh: disko, kelab mlm & tempat yan

Kisah cinta dan kopi masin

Dia baru sahaja tamat belajar sebagai seorang doktor di UK. Masih bujang dan tercari-cari seorang isteri sebagai teman hidup. Pada suatu hari, ketika sedang minum di sebuah kedai kopi berdekatan dengan sebuah ma'had tahfiz di Lembah Beringin bersama seorang rakannya yang hafaz Quran, dia terpandang seorang gadis yang sungguh cantik. Dengan wajahnya yang tenang dan penampilan solehah, gadis itu sungguh menawan. Si doktor dan si gadis bertentangan mata, tetapi dengan segera kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka. "Astaghfirullah", bisik doktor itu perlahan. Dia sedar itu panahan syaitan. Si gadis sedang minum-minum bersama dua orang rakannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan Allah ini! Secara tiba-tiba si doktor menjadi gugup, berdebar-debar dan serba tidak kena. Ingin sahaja dia menyunting gadis ini sebagai isterinya. Doktor tersebut berbisik kepada rakannya yang hafaz Quran itu,"kau kenalkah gadis itu?" “Kenal. Dia sungguh berbudi bahasa.Dan masih belum ber

INDAHNYA MEMAHAMI KEBENARAN ISLAM...

Assalamualaikum wbt... marilah sama2 kita hayati keAGUNGAN ISLAM yg TIDAK MAMPU DIGUGAT OLEH KAFIR. Ada seorang pemuda Arab yang baru saja menyelesaikan bangku kuliahnya di Amerika. Pemuda ini adalah salah seorang yang diberi nikmat oleh Allah berupa pendidikan agama Islam bahkan dia mampu mendalaminya. Selain belajar, dia juga seorang jurudakwah Islam. Ketika berada di Amerika, dia berkenalan dengan salah seorang Nasrani. Hubungan mereka semakin akrab, dengan harapan semoga Allah s.w.t. memberinya hidayah masuk Islam. Pada suatu hari mereka berdua berjalan-jalan di sebuah perkampungan di Amerika dan melintas dekat sebuah gereja yang terdapat di kampung tersebut. Temannya itu meminta agar dia turut masuk ke dalam gereja. Mula mula dia keberatan, namun karena desakan akhirnya pemuda itu pun memenuhi permintaannya lalu ikut masuk ke dalam gereja dan duduk di salah satu bangku dengan hening, sebagaimana kebiasaan mereka. Ketika paderi masuk, mereka serentak berdiri untuk memberikan pengho

SITI...

1) Siti Khadijah - Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'. 2) Siti Fatimah - Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu. 3) Siti A'ishah - Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama. 4) Siti Hajar - Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali). 5) Siti Mariam -

ADIK dan Palestin

Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik mengantuk sangat. Adik tarik gebar semula. Tidur balik. Walid geleng kepala bila nampak adik tidur balik. Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk,walid pun pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu. Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru. Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu akbar, Allahu Akbar wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke telinga,lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya. Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan, kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar wa

Anak PADERI masuk Islam

Kisah anak paderi memeluk agama islam (mesti baca) Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam) Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan dibumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja disatu kawasan di Sabah. Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampong dalam berbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai sekitar RM50,000/=. Berbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampong. Kami ziarah rumah kerumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. berbagai masalah diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn. Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya me

Nak Sangat Couple

Assalamualaikum wbt.. here just some tazkirah that i would like to share with you. reminder for me,you n all the muslims.. Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna.. Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka.. Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk.. Ada pula yang kate saya kuat emo.. Sikit-sikit nak marah.. Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar.. Lepas tu saya cuba buat lawak kononnya nak tarik perhatian orang lain saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya terutamanya pelajar-pelajar perempuan.. Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti).. tapi saya tak kesah.. asalkan ada yang terhibur.. Tapi saya tetap merasakan kekosongan.. Memang lumrah manusia.. Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita Macam itulah yang saya rasa.. Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'.. Di dorm sms awek sampai pagi.. ada yang call awek sampai satu malam boleh habis 10 ringgit.. Saya mula berfikir.

Buat Hawa

WaRkAh BuAt HAWA..... Hawa..... Andai engkau masih remaja,jadilah anak yang solehah buat kedua-dua ibu bapamu,andai engkau sudah bersuami,jadilah istei yang meringankan beban suamimu,andai engkau ibu,didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar mmperjuangkan ad-din Allah. Hawa..... Andai engkau belum berkahwin,jangan kau risau akan jodohmu,ingatlah hawa,janji Tuhan kita,wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati,maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan seterusnya dan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa..... Lelaki yang baik tida melihat paras rupa,lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya,lelaki yang warak tidak menilaiwanita melalui keayuannya,kemanjaannya,serta kemampuannya menggoncang iman lelaki.Tetapi,lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya,peribadinya dan yang penting pegang

GaDis SoLeHaH...

Gadis solehah sememangnya mnjd idmn lelaki yg inginkan kbhagiaan dunia & akhirat. Dia adlh sorg gadis yg taat beribadah . Taat beribadah itu beerti menjalani seluruh khidupan dgn cra Islam. Melakukan apa yg disuruh & menjauhi apa yg ditegah. Gadis ini adlh ibarat gagak putih di tgh ribuaan gagak hitam. Gadis solehah mgkin gadis pingitan,ttpi gadis pingitan blm tentu mcapai taraf gadis solehah. Gadis solehah itu paling cantik mnawan hatinya,walaupun mgkin wajahnya tidak jelita, tetapi raut mukanya tenang & manis. Pada muka itu tiada tanda kjahatan. Hatinya bersih mnyebabkan cahaya iman memancar-mancar ke mukanya. Gadis solehah adlh yg plg bersih fizikalnya krn sentiasa mnjaga kebersihan dirinya. Emosi gadis solehah adlh emosi bkasih-sayang & cinta yg dipendamkan hnya utk suaminya yg bakal tiba. Mental gadis solehah penuh dgn perkara positif & dia menggapai hidup sbg suatu nikmat yg terbesar membolehkan dia beribadah dgn tenang & tulus semata2 krn Allah Ta'ala

Perempuan Yang Mahal itu

Perempuan yang mahal itu� Adalah perempuan yang mengabdikan dirinya untuk Allah dan memperjuangkan kekuatannya semata-mata untuk Islam� Perempuan yang mahal itu� Adalah perempuan yang berusaha mencari cinta Allah di dalam setiap langkah hidupnya� Perempuan yang mahal itu� Adalah perempuan yang apabila digoda dan dirayu oleh fitrah lelaki, hatinya teguh mempertahankan iman dan maruahnya sebagai seorang muslimah harapan Islam� Perempuan yang mahal itu� Adalah perempuan yang benar-benar yakin dan redha terhadap jodoh yang telah Allah tetapkan untuk dirinya. Tanpa perlu mencari-cari cinta yang permulaannya atas dasar nafsu jiwa remaja� Perempuan yang mahal itu� Adalah perempuan yang murah dengan airmata tatkala merintih menghadap kekasihnya di sepertiga malam lantaran mengenangkan dosa-dosanya yang telah lalu, justeru mengakui kekerdilannya sebagai seorang hamba� Perempuan yang mahal itu� Adalah perempuan yang berusaha menyampaikan peringatan-peringatan dari Allah walaupun hanya sedikit la

Berita yg lewat saya terima!! Sedihnyer!!

Image
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2009: Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak berakhir ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Difahamkan, pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka. Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single." Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata kepada murai.com.my semalam bahawa keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua. "Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. "Kami tunang tak sa

Akhil hayy dan Waheeda

Image
Sejak kebelakangan ni saya dah makin jauh ketingggalan dari dunia nasyid.. sedihnya.. semuanya gara-gara sibuk la katakan.. tp x apa.. sy masih ada lagi rakan2 yg sedia membantu memberi informasi baru.. hehe.. InsyaAllah.. hujung tahun ni saya akan kembali aktif semula di forum2, laman web dan juga blog! hehe.. Bg saya ini bukanlah sesuatu yg mengejutkan bila saya dpt tahu berita perkahwinan akhil Hayy dan Waheeda di dlm akhbar. Saya hanya boleh mendoakan kebahagiaan meraka kekal selamanya. Akhirnya bertemu jua jodoh Waheeda walupun tak disangka2 dan penuh kontroversi. Saya tahu, jauh di sudut hati Waheeda, dia sudah lama mahu berumahtangga. Cumanya sekarang, saya lihat semakin hebat tohmahan dan kritikan yang mereka terima. macam2 la... Tp bg sya pulak la.. tak tahu apa yang harus saya katakan. Entahla... bila saya dgr kwn2 saya cakap itu ini, kutuk itu ini pasal meraka, tak terbit pulak dlm hati saya nak membenci atau marah terhadap mereka. Tak seperti apa yang berlaku terhadap Norma

Ustaz Asri dalam kenangan...

Image
Assalamualikum pembuka bicara... akhirnya dpt juga saya mengambil kesempatan mencoretkan sedikit bingkisan disini.. maklumlah.. dah lama menyepi.. hehe.. Saya baru jer jenguk2 ke laman2 blog penasyid tanah air.. Sayu hati saya bila membaca luahan perasaan mereka... Saya yang hanya peminat nasyid ini amat merasai pemergian Allahyarham Ustaz Asri, apatah lagi mereka yang amat rapat dgn Allahyarham. Inilah dunia.. tiada siapa dpt menduga. Sebenarnya susah juga saya nak percaya pada mulanya. Saya dpt tahu berita pemergian ustaz Asri pun bila dimaklumkan oleh guru saya. Rasanya mcm baru semalam sy mendengar celoteh Ustaz Asri di radio IKIM sbg arti undangan.. Rasanyer juga mcm baru semalam sy berjumpa dgnnya membuat persembahan... Sedihnya.. Ustaz Asri mmg merupakan seorang yang amat disenangi ramai. Tanyalah pada sesiapa, semuanya memuji beliau sbg seorang yg beperibadi tinggi. Perginya meninggalkan kesan yang mendalam dlm industri nasyid. Industri nasyid kini kehilangan seorang lagi pejua

Hafiz Hamidun Dan UNIC di Bumi SAMURA....

Assalamualaikum... rasa mcm x percaya aje! 10 Julai ni.. kumpulan UNIC dan ex-UNIC bakal bergabung skali lagi di bumi bertuah SAMURA. Sekolah sains Muar kebanggaan saya. hehe... rasenyer x salah keputusan sy utk terus berjuang di sana... apapun betul2 x sabar nak menantikan detiknya. actually, i hope i can meet some one... sape lagi kalo bukan.. kak saleha... i hope fitri will bring her along.. really want to meet her...

Maaf dah lama x update blog ni...

Salam.. huh! dah lame betul sy x update blog sy ni.. sedar x sedar dah ramai followers.. maafla ek sb dah lame x tulis perkebangan nasyid dkt cinie.. dah makin hambar blog ni.. InsyaAllah kalo sy ada masa lg sy akn cuba aktifkan balik blog ni.. sekian.. wassalam..
Image
Biography Westlife In the tradition of British and Irish boy bands like Take That and Boyzone comes Dublin's Westlife, a quintet consisting of Shane Filan, Nicky Byrne, Bryan McFadden, Mark Feehily, and Kian Egan. Filan, Egan, and Feehily were among the group's six founding members, but the other half of the group was dispatched when Louis Walsh, Boyzone's manager, took interest in them. This made room in the band for Byrne and McFadden; Walsh also introduced Westlife to Boyzone vocalist and solo artist Ronan Keating, who became the group's co-manager shortly after they cemented their recording contract. The group's first single, 1999's "Flying Without Wings," entered the U.K. charts at number one, a feat they replicated with "Seasons in the Sun" and "Swear It Again" in 2000. Their self-titled debut album met with similar chart-topping success and quickly went platinum in their homeland. Westlife was released in the U.S. by Arista R