Posts

Showing posts from April, 2011

Setahun Pemergiannya...

Image
17 April 2010... Tarikh ini kini akan menjadi ingatanku untuk selamanya. Kerana pada tarikh inilah perginya seorang insan seni yang sangat berbakat besar. Buat para peminat ACHIK SPIN, sudah tentunya tarikh ini meninggalkan kesan yang mendalam. Namun, sungguh cepat masa berlalu... Tanpa diduga, sudah setahun Achik pergi meninggalkan kita.Biar pun bertahun lamanya, namun ingatan terhadap Achik akan kekal buat selamanya.                                                                                                                                                                        Achik... Semoga kau berbahagia disana... AL-FATIHAH...

Menanti Belahan Jiwa

Image
Menanti Belahan Jiwa Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya, bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya. Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan

MAHARAJA Lawak

Salam... Sementara ada sikit masa ni, boleh gak den curik maso sikit nak menulis. Raso GIAN pulak bilo tak menulih nih.. hehe Semalam, den ado tgk program baru dokek astro tu ha. MAHARAJA LAWAK. Huh! Best jugak! Den sobolum ni tak do lah nak minat nak tonton RAJA LAWAK, tapi bilo MAHARAJA LAWAK ni, teringin plak nak menengok eh.. haha.. MMg BEST! Apapun, den plh suko dokek ko la NABIL! You still the BEST! Den harap ekau yg monang! Baggo sikit den jd org NOGORI.. Tempat tumpah darah den.. hehe... Tp, JOZAN pon apo kureng eh.. erm.. apo2 yo lah! Lu PIkir la sendiri!

Jauhkan RINDU...

Image
Bila rindu kembali menjengah, Menyusup datang melalui sekeping gambar, Begitu terasa bibirku bergetar, Begitu terasa kakiku makin longlai. Ku lihat pada jari-jemariku, Menggigil dalam bahang tengah hari, Ku sentuh pada bibirku, kering mengelupas, Ku letakkan tangan pada dadaku, Degupannya menjadi deras. Ku lihat wajahku dalam refleksi, Warnanya pucat membiru, Tiada kilauan dalam mata, Tiada cahaya pada wajah. Hanya kelesuan jelas kelihatan. Yang lain menggelar rasa ini 'cinta', Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta', Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' , kerana rindu ini rindu yang memusnahkan, Rindu ini rindu yang mencemarkan, Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku, Kerana rindu ini boleh mengundang dosa. Dahulu, Jika rindu yang sama bertandang, Akulah insan paling bahagia. Kini, Jika  rindu yang sama bertamu, Akulah insan paling sengsara. Aku tak mahukan rasa ini, Aku tak mahukan rindu ini. Rindu ini yang dahulu telah mel