Posts

Showing posts from August, 2009

Berita yg lewat saya terima!! Sedihnyer!!

Image
KUALA LUMPUR, 31 JULAI 2009: Ikatan pertunangan komposer, penyanyi dan pengacara Hafiz Hamidun, 25, bersama tunangnya, Shazwani Haridan, 21, akhirnya tidak berakhir ke jinjang pelamin. Mereka bertunang pada ulang tahun Hari Kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos tahun lalu. Difahamkan, pada Sabtu lalu, 25 Julai, keluarga pihak perempuan sudah pun bertandang ke rumah Hafiz untuk memulangkan cincin pertunangan mereka. Malam tadi, Hafiz sudah pun menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada rakan terdekatnya yang tertulis: "It's official now, I'm single." Redha dengan apa yang terjadi, Hafiz berkata kepada murai.com.my semalam bahawa keputusan putus tunang itu tidak melibatkan orang ketiga jauh sekali wujud pertelingkahan antara mereka berdua. "Kami tak pernah bergaduh pun. Sebenarnya keputusan ini dibuat disebabkan saya yang terlalu sibuk dengan komitmen kerja dalam bidang seni dan tidak dapat menjalankan tanggungjawab sebagai tunangan orang. "Kami tunang tak sa

Akhil hayy dan Waheeda

Image
Sejak kebelakangan ni saya dah makin jauh ketingggalan dari dunia nasyid.. sedihnya.. semuanya gara-gara sibuk la katakan.. tp x apa.. sy masih ada lagi rakan2 yg sedia membantu memberi informasi baru.. hehe.. InsyaAllah.. hujung tahun ni saya akan kembali aktif semula di forum2, laman web dan juga blog! hehe.. Bg saya ini bukanlah sesuatu yg mengejutkan bila saya dpt tahu berita perkahwinan akhil Hayy dan Waheeda di dlm akhbar. Saya hanya boleh mendoakan kebahagiaan meraka kekal selamanya. Akhirnya bertemu jua jodoh Waheeda walupun tak disangka2 dan penuh kontroversi. Saya tahu, jauh di sudut hati Waheeda, dia sudah lama mahu berumahtangga. Cumanya sekarang, saya lihat semakin hebat tohmahan dan kritikan yang mereka terima. macam2 la... Tp bg sya pulak la.. tak tahu apa yang harus saya katakan. Entahla... bila saya dgr kwn2 saya cakap itu ini, kutuk itu ini pasal meraka, tak terbit pulak dlm hati saya nak membenci atau marah terhadap mereka. Tak seperti apa yang berlaku terhadap Norma

Ustaz Asri dalam kenangan...

Image
Assalamualikum pembuka bicara... akhirnya dpt juga saya mengambil kesempatan mencoretkan sedikit bingkisan disini.. maklumlah.. dah lama menyepi.. hehe.. Saya baru jer jenguk2 ke laman2 blog penasyid tanah air.. Sayu hati saya bila membaca luahan perasaan mereka... Saya yang hanya peminat nasyid ini amat merasai pemergian Allahyarham Ustaz Asri, apatah lagi mereka yang amat rapat dgn Allahyarham. Inilah dunia.. tiada siapa dpt menduga. Sebenarnya susah juga saya nak percaya pada mulanya. Saya dpt tahu berita pemergian ustaz Asri pun bila dimaklumkan oleh guru saya. Rasanya mcm baru semalam sy mendengar celoteh Ustaz Asri di radio IKIM sbg arti undangan.. Rasanyer juga mcm baru semalam sy berjumpa dgnnya membuat persembahan... Sedihnya.. Ustaz Asri mmg merupakan seorang yang amat disenangi ramai. Tanyalah pada sesiapa, semuanya memuji beliau sbg seorang yg beperibadi tinggi. Perginya meninggalkan kesan yang mendalam dlm industri nasyid. Industri nasyid kini kehilangan seorang lagi pejua