Posts

Showing posts from 2011

Me and Myself!!

Image
Assalamualaikum.. Hari ni rasenyer tak ada bendala nak cerita. Cumanya.. rase tak sabar nak balik raya!! hehe..=)

Cerita Tentang Jodoh...

Image
Mari saya kongsikan satu cerita...=) Ada satu perkara yang suka aku kongsikan bersama rakan-rakan. Tentu saja tentang cinta.. cinta yang perlu ada pada perkiraanku selepas aku mencintai Allah dan Rasul-Nya. Kasih yang aku kira perlu aku lempiaskan pada seseorang yang lain selepas ibubapa dan keluarga serta diriku sendiri... Ya.. cinta pada manusia biasa yang namanya lelaki kerana aku diciptakan sebagai seorang perempuan... Umur yang semakin berinjak jauh meninggalkan alam remaja dan sekarang di dalam fasa kedewasaan memungkinkan aku berfikir tentang urusan jodoh. Seringkali persoalan itu ditanya kepadaku oleh teman-teman sekuliah dahulu. "Tak ada buah hati ke?" Jadilah 'blogstarz' dan kunjungi http://web.iluvislam.com untuk meralisasikannya dan dapatkan segera pakej hosting bermula serendah RM69 setahun dan promosi diskaun 50% merdeka DOMAIN .MY sekarang juga! Gunakan kod kupon MY50MERDEKA. "Takkanlah tak ada yang minat dengan perempuan pandai macam

Pendapat Saya pula...

Image
Abdhalim wrote: Alkisah industri nasyid Posted by Abd Halim Ahmad on Monday, August 8, 2011 Labels: Ragam Manusia / Comments: ( 3 ) Assalamu'alaikum, Salam Ramadhan yang ke-8 buat semua pembaca blogku ini. Saya menulis post untk kali ini sementara menantikan waktu berbuka puasa (ada ke tulis blog, patutnya baca Quran ke, zikir ke..hehe). Kali ni hajat di hati nak membicarakan tentang sedikit sebanyak panorama dalam industri nasyid tanahair sepanjang umur saya berkecimpung di dalamnya. Untuk pengetahuan semua, secara rasmi saya baru 6 tahun (sejak 2005 album Devotees diterbitkan) terlibat dalam dunia nasyid komersial Malaysia. Sebelum itu saya telahpun terlebih dahulu bertatih-tatih dengan group UNIC sejak tahun 2002 sebagai ahli pengganti. Sangat muda dan hijau lagi saya ni. Jadi apa yang saya akan perkatakan adalah berdasarkan sejauh mana pengalaman dan ilmu saya, dan pastinya ia tak akan dapat menandingi pengalaman2 yang diraih oleh artis2 senior

Aku Sedar...

Assalamualaikum... Bila aku belek-belek.. Aku renung... Aku fikir-fikirkan balik.. Aku sedar aku siapa... Bukan aku saja yang mendamba... masih ada ramai lagi diluar sana yang turut ikhlas mendamba... Masihkah ada lagi peluang buatku??? Mampukah aku menyaingi mereka??? dan... menjadi yang pertama... p/s: walaupun sama... tp x serupa... kerana mana mungkin nak dibandingkan yang asli dangan yang tiruan...=)

Dimanakan Ku Cari Ganti

DI MANAKAN KU CARI GANTI                 Mahukah anda saya ceritakan tentang suatu kisah? Suatu kisah tentang pengorbanan, cinta dan persahabatan…   Takdir ialah ibarat bara api yang perlu kita genggam sehingga luruh. Beratkah falsafah ini? Namun itulah yang harus kita tempuhi sebagai seorang hamba yang lemah dimuka bumi ini. Hayatilah kisah ini…                 Cerita ini bermula dengan perhubungan antara dua sahabat. Mereka adalah Si Jejaka dan Si Gadis. Dua sahabat ini sangat akrab dan mereka berasal daripada kampung yang sama iaitu Felda Sendayan, Negeri Sembilan. Mereka bersahabat sejak dibangku sekolah rendah lagi malah kedua-dua keluarga mereka ini juga saling mengenali antara satu sama lain. Masa berlalu dan terus berlalu, dan lama kelamaan dua sahabat ini mula meningkat remaja. Tanpa mereka sedari….                 “Usik mengusik semakin lama menjadi rindu                   Hati merindu asyik merindu tersentuh rasa                   Tidak terduga timbullah sayang       

Tak Tahan!!! HUH!!

Salam... Rasanya dah lebih sebulan aku duduk kampung ni. Huh! Macam-macam dugaan!! Aku harap cepat-cepat la aku habis belajar kereta ni! Tak tahan aku nak tunggu lama-lama! Bukannya aku tak suka bawa kereta, tp.... aku tak selesa la dengan pak cik yang ajar aku tu. Huh! Geram aku dibuatnya! Aku tak sukalah orang yang busy body ni! Semua pasal aku dia nak tanya, dia tak kisah pun bende tu personal ke tak! Kadang2 cakap dia tu buat aku menyampah! Tak habis-habis nak cerita dekat aku pasal student2 yang dia ajar! Lepas tu tak habis-habis nak sindir aku! Apa dia ingat, orang macam aku ni boleh perfect dalam semua bende ke?? Kadang-kadang ada juga kelemahan!! Aku tak suka la.. Kdg2 rase macam dia nak ambil kesempatan pun ada! Ish2!! Aku rimas la! TAK SUKA!!! Ada ke hari tu, dia datang ambil aku, lepas tu kereta dia rosak, nasib baik dekat je dengan rumah aku... Dia suruh aku balik rumah balik jalan kaki... Baru je aku jejak kaki dekat rumah, dia call aku balik... Aku tak kisah la, tapi ada

Setahun Pemergiannya...

Image
17 April 2010... Tarikh ini kini akan menjadi ingatanku untuk selamanya. Kerana pada tarikh inilah perginya seorang insan seni yang sangat berbakat besar. Buat para peminat ACHIK SPIN, sudah tentunya tarikh ini meninggalkan kesan yang mendalam. Namun, sungguh cepat masa berlalu... Tanpa diduga, sudah setahun Achik pergi meninggalkan kita.Biar pun bertahun lamanya, namun ingatan terhadap Achik akan kekal buat selamanya.                                                                                                                                                                        Achik... Semoga kau berbahagia disana... AL-FATIHAH...

Menanti Belahan Jiwa

Image
Menanti Belahan Jiwa Kegelisahan, kedukaan dan air mata adalah sebahagian daripada sketsa hidup dan kehidupan kita sekalian hamba di dunia ini. Titisan air mata yang bermuara dari hati dan berselaputkan kegelisahan jiwa terkadang memilukan hingga mencipta keresahan dan kebimbangan. Kedukaan kerana kerinduan yang teramat sangat dalamnya menyebabkan kepedihan yang menyesakkan ruang dada. Jiwa yang rapuh pun mengadu, berkeluh-kesah pada alam serta isinya, bertanya di manakah pasangan jiwa berada. Lalu hati mencipta serpihan kegelisahan, bagai anak kecil yang kehilangan ibunya. Keinginan bertemu pasangan jiwa, bukankah itu sebuah fitrah seorang hamba? Semua itu hadir tanpa disedari sebelumnya hingga tanpa sedar telah menjadi sebahagian hidup yang tidak boleh dipisahkan lagi. Letih... Sungguh letih jiwa raga. Sendiri mengayuh biduk kecil dengan rasa hampa tanpa tahu adakah belahan jiwa di luar sana? Alahai... kehidupan manusia bukan

MAHARAJA Lawak

Salam... Sementara ada sikit masa ni, boleh gak den curik maso sikit nak menulis. Raso GIAN pulak bilo tak menulih nih.. hehe Semalam, den ado tgk program baru dokek astro tu ha. MAHARAJA LAWAK. Huh! Best jugak! Den sobolum ni tak do lah nak minat nak tonton RAJA LAWAK, tapi bilo MAHARAJA LAWAK ni, teringin plak nak menengok eh.. haha.. MMg BEST! Apapun, den plh suko dokek ko la NABIL! You still the BEST! Den harap ekau yg monang! Baggo sikit den jd org NOGORI.. Tempat tumpah darah den.. hehe... Tp, JOZAN pon apo kureng eh.. erm.. apo2 yo lah! Lu PIkir la sendiri!

Jauhkan RINDU...

Image
Bila rindu kembali menjengah, Menyusup datang melalui sekeping gambar, Begitu terasa bibirku bergetar, Begitu terasa kakiku makin longlai. Ku lihat pada jari-jemariku, Menggigil dalam bahang tengah hari, Ku sentuh pada bibirku, kering mengelupas, Ku letakkan tangan pada dadaku, Degupannya menjadi deras. Ku lihat wajahku dalam refleksi, Warnanya pucat membiru, Tiada kilauan dalam mata, Tiada cahaya pada wajah. Hanya kelesuan jelas kelihatan. Yang lain menggelar rasa ini 'cinta', Lalu mereka hairan aku menolak 'cinta', Tapi aku pasti ianya adalah 'petaka' , kerana rindu ini rindu yang memusnahkan, Rindu ini rindu yang mencemarkan, Kerana rindu ini rindu yang tidak halal untukku, Kerana rindu ini boleh mengundang dosa. Dahulu, Jika rindu yang sama bertandang, Akulah insan paling bahagia. Kini, Jika  rindu yang sama bertamu, Akulah insan paling sengsara. Aku tak mahukan rasa ini, Aku tak mahukan rindu ini. Rindu ini yang dahulu telah mel