Posts

Showing posts from June, 2011

Dimanakan Ku Cari Ganti

DI MANAKAN KU CARI GANTI                 Mahukah anda saya ceritakan tentang suatu kisah? Suatu kisah tentang pengorbanan, cinta dan persahabatan…   Takdir ialah ibarat bara api yang perlu kita genggam sehingga luruh. Beratkah falsafah ini? Namun itulah yang harus kita tempuhi sebagai seorang hamba yang lemah dimuka bumi ini. Hayatilah kisah ini…                 Cerita ini bermula dengan perhubungan antara dua sahabat. Mereka adalah Si Jejaka dan Si Gadis. Dua sahabat ini sangat akrab dan mereka berasal daripada kampung yang sama iaitu Felda Sendayan, Negeri Sembilan. Mereka bersahabat sejak dibangku sekolah rendah lagi malah kedua-dua keluarga mereka ini juga saling mengenali antara satu sama lain. Masa berlalu dan terus berlalu, dan lama kelamaan dua sahabat ini mula meningkat remaja. Tanpa mereka sedari….                 “Usik mengusik semakin lama menjadi rindu                   Hati merindu asyik merindu tersentuh rasa                   Tidak terduga timbullah sayang