Posts

Showing posts from March, 2011

Siapa dia yg sebenarnye??

Image
Aku mmg tak faham lelaki! Dari dulu sampai sekarang! Itulah yang boleh aku katakan disaat ini. Jalan punye jalan dalam dunia siber ni, tetibe aku ade jumpe blog sorang kenalan aku dekat PLKN ni.. Fuhh! Mamat ni mmg teror gler la walaupun ada sikit2 bengong! haha! Dia otak mmg genius gler... (patutlah kepale besar). Bab agame pon teror! Apa yg die tak teror! Kalau nak citer psl mamat ni mmg panjang.. FIRSt TIME , aku jumpe die, mmg tak berkenan lar... =) Tak tau nape... Huhu! Bile tgk style die, aku mcm tak caye yg die boleh menulis sebaik tu... DLAM HATI ADE TAMAN KE CIK ABG OOOOOII! Aku mmg tak sangka la itu die.. Tu la aku ni.. lain kali jgn menilai dari luaran jer.. Dalaman pun kene gak.haha! Pape pun HAFIZ HAMIDUN aku still the BEST la.. Jejaka IDAMAN MALAYA tuh! HAHA Kerana dielah aku ada disini sekarang tau! Kerana die jugaklah aku adalah aku sekarang! Bile la HAFIZ HAMIDUN nak meminag aku kan?? (acehceh! perasannyer..) Dah penat aku menunggu ni!! Lima tahun dah! Huh!

Pandangan aku soal JODOH??

Image
Rasanya dah tiga minggu PLKN habis. Dan.. sudah tiga minggu jugaklah aku terperap dekat rumah ni tak buat apa2. Mana taknya, nak keje tak boleh... Ni pon tgh tunggu nak amik lesen hujung minggu ni. Huh! Sabar je la.. Aku sebenarnya tak lah pandai nak berfalsafah. Cumanya aku ni suka menulis. huhu.. Aku tulis je apa yg terlintas difikiran ni. So.... Apa dalam fikiran aku sekarang ek?? JODOH??? Erm.. ini soalan yang sudah aku nak jawab. Ada banyak sangat kalau nak tanya pendapat orang. Ada sesetenag perkara kita boleh tentukan. Kita boleh ubah.. Tapi kalau ajal, maut dan juga jodoh.. Semuanya kerja TUHAN. Sudah ditentukan sejak azali lagi. Jadi kita hanya perlu redha aje....=) Mungkin kalau bagi sesetengah orang, usia aku sekarang ni masih terlalu muda untuk memikirkan soal jodoh. agaknya...=) Tapi, rasanya waktu sekaranglah adalah masa yang paling sesuai untuk berusaha... Berusaha disini bukannya mencari... Tapi berdoa! Doa semoga dikurniakan pasangan yang baik dan soleh. Sebab kala

Pesananku Buat Si Dia...

Image
Buat Si Dia.. Ya Rabbi, Tuhan yang Maha Pengasih & Penyayang.... Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya.. Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya.. Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa.. Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa.. Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya.. Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa.. Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta.. Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya.. Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia.. Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, a

JATUH???

Image
Kawan aku ada cakap... Kejayaan itu milik Allah... Kdg2 dia ambil sekejap, SUATU hari nanti DIA akan bagi balik dekat kita. Cuma kita yang perlu berusaha kembali untuk menggapai kembali kejayaan itu. Jangan sesekali kita berputus asa. Orang lain boleh cakap kita macam2, tapi hanya TUHAN sahaja yang tahu apa yang sedang kita alami... Manusia bukan selamanya akan berada di atas.. lambat jauh akan JATUH juga. Itu maknanya ujian. TUHAN tak nak bagi kita leka dan alpa. Itu je la yg aku nak cakap.. sebenarnye pointnyer, tu je la.. Sekali JATUH bukan bermakna JATUH selamanya. Mungkin selepas itu kita akan lebih BERJAYA! HAHA! Ini PERINGATAN untuk aku dan juga sahabat2 sekalian. Buat yang pernah jatuh, jgn mudah putus asa... Bangkit kembali!! Buat yg tak pernah jatuh tu.. (ade ke?/ heheh) jgn sesekali riak dan takbur dgn kejayaan yg dikurniakan. Bak kata2 lagu DEVOTEES.. Berjalan tanpa Henti!! Ha.. kini , aku akan teruskan perjalanan aku sehingga akhirnya. Biar apa pun yg terjadi, aku

Kenapa aimiehumaira'??

Image
    Nama aku Aimi Shahirah Binti Abu Samah. Tapi, nickname aku, aku buat aimiehumaira’. Ramai orang Tanya, kenapa Humaira’? Shahirah tak sedap ke?? Hehe.. sedap.. sedap sangat… Dah maksudnya TERMASYUR. Tapi, aku tak layak digelar yang termashyur pun… Aku ni tak hebat pun Berbalik pada pertanyaan tadi. Kenapa HUMAIRA’ ek?? Panjang ceritanya. Tapi aku cuba pendekkan. OK? At least, dapat jugak jawap pertanyaan kawan2 aku ni. Haha! Tak salah aku, dah hamper empat tahun aku guna nickname ni. Aku mmg suka sangat dengan  nama HUMAIRA’. Comel je bunyinyer.. Ejaannya pun cantik. Kalau boleh, nama anak2 aku nanti. Semua yg perempuan aku nak letak HUMAIRA’. Ha.. baru cun… heheh! HUMAIRA’… nama ni member seribu erti kepadaku. Pertama, kerana nama ini adalah nama manja yang Rasulullah s.a.w berikan kepada isteri yang amat dicintainya iaitu Aisyah. Kalau nak diikutkan, maksud HUMAIRA’ ni Si merah atau putih kemerahan… Dalam diri aku tak ada ciri tu.. huhu! Tapi, aku terpikat dengan nama ni sebab

Kenangan Terakhir Di PLKN

Image
Salam... Wah rasenyer dah lame x update dkt sini. Rasa dah lame gak tak duduk rumah. Maklumlah dah sebulan lebih terperangkap dlm kem.. hehe... Dulu masa mula-mula dpt PLKN, rasa mcm nak cepat je masa berlalu... Sedar tak sedar, dah habis dah 70 hari aku dekat sana. Rasa mcm sedih pulak... Rindu suasana Kem... Lepas ni tak mungkin lagi aku akan jejakkan kaki ke KEM HUTAN REKREASI AYER KEROH MELAKA. Huh! Rindunyer...  Bersiap sedia nak masuk hutan.. WIRAJAYA!!!   Inilah Khemah kami... Hasil buatan tgn kami... hehe  You will never be forgotten!!! Sweet memory..  Kawan2 ku...  Haha.. Inilah Kuan Liang.. Apa yg istimewa psl dia yerk?? hehe  Sargeant Mazlan!! Aum!!  Kenangan Terakhir slps majlis penutup..=(  Bersama Kaunselor.. Pn. Hedayah Sebenarnya bnyk benda yang nak aku ceritakan psl PLKN. Terlalu bnyk yg aku pelajari. Mmg rugilah siapa yang tak dapat. PLKN dah banyak mengajar aku erti kehidupan, persahabatan, dan keyakinan. Bayangkanlah, sampai sekarang aku masih tak percay