Posts

Showing posts from June, 2018

Ku Jatuh Cinta...

Image
Semakin jelas tanda yang menjelma Usia masa yang kian menambah Semakin aku jatuh cinta pada Halus tuturmu tanpa bersuara Setiap kata yang tak ku ungkapkan Sungguhnya aku cinta dalam diam Yakinlah saja satu hari nanti Kita akan bersama.. Cinta dihati Ku jatuh cinta lagi Tiap kali terpandang Manis senyum bibirmu Ku jatuh cinta lagi Tiap kali terkenang Sinar syahdu matamu Ku jatuh cinta... Semakin hari semakin gelisah Haruskah aku mula bersuara Kerana aku takkan sanggup lagi Saling berjauhan walaupun sehari Biarpun engkau masih lagi jauh Jauh bagai bintang zuhal Ku tetap menyayangimu Walaupun ku bagai mengejar bayang-bayang Tak mengapa... Aku tetap merinduimu...

Kalau Ada, Adalah...

Bila dh semakin dewasa ni, aku rasa diri aku ni lebih bnyk redha jer daripada memilih. Misalnya, Bab Jodoh. Of course. Bila dh penat mengejar jodoh.. so sekarang aku ambil pendekatan.. Redha jer. Aku dh mohon yang terbaik pada Allah. Aku dah nyatakan hasratku kepadaNya Mohon hajat kepadaNya Buat istikharah.. and finally aku serahkan segala-gala yg terbaik kepadaNya. Allah yang selayaknya menentukan segalanya... Kalau ada.. adalah.. Macam bila mak aku selalu usik2 aku dengan seseorang ni. Setiap kali mak aku usik, setiap kali tu aku senyap jer. Tak mengiyakan. Tak juga menidakkan. Aku tak berani nak cakap aku suka. Apatah lagi nk cakap aku tak suka. Kalau aku dh suka nnt harapan aku tinggi menggunung. Takut bila dh tinggi nnt jatuh.. sakitnya! Dan aku tak berani cakap aku tak suka sebab aku takut andai satu hari nnt betul dia jodoh aku?? Kita tak tau rencana dan ketetapan yang telah Allah tulis. So aku redha jer. Kalau dia.. dialah. Kalau org lain, org l

Holiday Ke Langkawi. Cuti-Cuti Malaysia

Image
Assalamualaikum wrt. wbt. Setelah sekian lama tetibe rasa nak mengupdate blog plak hari ni. haha~ Minggu lepas my family and I baru je balik dari holiday ke Langkawi. Pulau Langkawi ni kalau nak cerita, mmg tak habis. Sebab memang dah familiar sangat dengan family aku ni. Terlalu bnyk la kenangan dkt Langkawi ni dulu. Walaupun pada hakikatnya kami tak pernah pun menetap di Langkawi. Ceritanya, waktu aku kecik2 dulu, ayah aku mmg setiap dua minggu sekali akan outstation ke Langkawi. Kiranya, setiap bulan, 2 minggu ayah aku mmg akan ke Langkawi. Kami pun sebab kecik lagi time tu, 5-7 tahun macam tu la, selalu la ikut ayah aku. Tiap2 bulan akan ponteng sekolah 2 minggu ikut ayah. haha. Best giler zaman kecik dulu kan? Indahnya hidup tak payah fikir pasal masalah. Kan?  Okay, la sebab panjang.. so aku pendekkan. Setelah hampir 10 tahun kot tak datang Langkawi, tetibe raya ni adik aku ajak bercuti plak ke Langkawi. Tradisi keluarga sejak adik bongsu kami masuk tahfiz, setiap kali die

Izinkan Aku...

Image
Di saat aku menyebut namamu disetiap doaku Aku memohon pada Ilahi agar diberikan aku pilihan yang tepat. Aku meminta padaNya agar dikurniakan pertunjuk Jika benar kau sememangnya adalah takdirku. Dan benarlah Allah itu tidak pernah mensia-siakan doa hamba-hambaNya. Dia berikan aku jawapan di setiap persoalan itu Dia berikan aku kekuatan disegenap ruang rasaku. Kerana hati dan jiwa ini telah aku serahkan kepadaNya. Walaupun sakit.. walaupun pahit untuk menerima pada mulanya Namun lama kelamaan aku redha disetiap ketentuaNya Aku yakinkan diri Pasti ada hikmah yang terjadi. Yang terbaik telah Dia sediakan untukku Walaupun bukan itu yang aku mahu. Dan kini hatiku lebih tenang disaat bertemu denganmu Tiada lagi resah dan gelisah yang melanda Walaupun debaran itu masih terasa. Dan kini, disaat aku rindu Izinkan untuk aku meminjam namamu di dalam doaku Baris-baris doa yang tulus dari hati ini Semoga aku dan engkau dikurniakan kebahagiaan Den

Hati Oh Hati

Jujurnya aku suka Masih pada dirinya Walau pernah berbeza  Langit dan udara Jujurnya aku suka Masih pada dirinya Pasti kau tak tahu Aku tahu tentang perangaimu Kadang ku mahu Kadang tak mahu Kadang ku cinta Kadang tak cinta Kamu Kerna ku cinta akhir terluka Pernah janji untuk setia... Hati manusia itu berbolak-balik sifatnya. Teguhkan iman, Tetapkan pendirian. Mohonlah pada Ilahi. Semoga ditetapkan hati. Dipertemukan dengan insan yang tepat. Di hindari dari cinta yang sia-sia.