Tiada Ganti

"Patah tumbuh hilang berganti"

Namun yang tumbuh tak mungkin sama dengan yang telah patah. Yang datang mengganti tak akan dapat menandingi yang telah hilang.

Semalam entah macammana tiba-tiba pulak boleh stalk IG jumpa update Kak Nana dengan Abang Zoey setelah sekian lama. Sweet2 gitu. Abang Zoey biasalah selalau update ayat sweet gitu. I love this couple. Kadang-kadang sampai rasa, asal tak kahwin je dua orang ni. Dah sesuai sangat doh. haha. Biasalah, kita tgk sweet... tapi still jodoh itu di tangan Allah. Bak kata abang Zoey, doa yang baik-baik ye.



Lama sudah kan Kak Nana solo. Sampai sekarang tak ada penggantinya. Bukan tak ada yang nak, aku sure ramai je lelaki yang nak kan Kak Nana. But I really can understand her feeling. Tak mudah untuk mencari pengganti pada yang telah pergi. Apatah lagi yang pergi tu membawa luka. Susah nak sembuh weyh. Seperti kata arwah Bang Chik a.k.a Achik Spin, "Nana sukar dimiliki". It is TRUE. Itu kata-kata dari seseorang yang sangat memahami siapa sebenarnya Siti Nordiana. Ternyata Siti Nordiana seorang wanita yang sangat susah untuk dimiliki. Hanya insan terpilih sahaja yang berjaya masuk ke dalam hatinya. 

Aku mendoakan yang terbaik buat seorang insan bernama Siti Nordiana. Semoga siapa-siapa sahaja yang bakal jadi jodoh Kak Nana nanti, kali ini biar kekal bahagia sampai ke syurga. Jangan bagi Kak Nana sedih lagi tau! Kak Nana pernah hilang dua lelaki yang paling bermakna dalam hidupnya. Adakah Abang Zoey insan yang berjaya menggantikan kedua insan itu? Seorang sahabat mahupun sebagai seorang kekasih. 

I just hope for one thing. Kak Nana sekarang dah semakin popular, semakin meningkat naik. Kak Nana jangan lupakan arwah Bang Chik ye. Walaupun masa  berganti masa, tahun berganti tahun... Sekali-sekala Kak Nana sebutlah juga pasal arwah Bang Chik. Bagi terubat sikit rindu kami. Kenangan kami dengan Bang Chik tak banyak... Bagi kami, Kak Nana ibarat hard disk yang simpan banyak memori seorang bernama Achik Spin. Maybe kalo Kak Nana setiap kali mentioned akan keluar benda yang sama, tapi for me, sikit macammana pun itulah pengubat rindu kami, peminat setia Achik Dan Nana. Bila Kak Nana mentioned tu, kami tahulah yang Kak Nana tak pernah lupakan arwah, walaupun kami tahu mana mungkin Kak Nana lupakan arwah kan?




Aku entahlah... sampai sekarang susah nak terima gandingan Kak Nana dengan lelaki lain except Abang Zoey (hahahaha). Sampai sekarang mana pernah aku tengok gandingan Kak Nana dengan Alif Satar. Kalau berlakon boleh la kot... tapi kalau ganti teman duet... sorry, I susah nak terima. hihi. Actually kalau Kak Nana nak duet time persembahan or whatever event aku tak kisah, tp untuk cari pengganti tetap... Janganlah kak Nana eh. Itu ibarat membunuh kenyataan "Achik tiada ganti". Cewah... Ayat tak bole belah. Even bila kak Nana dh terlalu bnyk bergandingan dgn Alif Satar pun aku dh rasa tak besh... 😅 sowey. Dgn Abg Zoey tak pe 😆😝

I know we need to move on. Tp i just hope utk simpan sikit kenangan indah Achik dan Nana yang tak mungkin berganti. I don't know... Maybe sebab aku ni insan yang suka hidup dlm kenangan. So susah sikit nk terima perubahan. Sorry Kak Nana... Hehe.

Biarlah kenangan Arwah Bang Chik dengan Kak Nana menjadi lagenda. Now I know perasaan anak kak Nana bila dia tak mahu kak Nana sebut pasal kahwin lagi. Aku pun faham perasaan anak-anak arwah Bang Chik dengan Rayyan kalau mereka tak faham kenapa orang sampai sekarang wajib kaitkan nama Achik dan Nana. Maybe hari ni mereka tak faham, tp bila dh besar nanti mereka akan faham juga. Kenapa nama dua orang ini tak boleh dipisahkan. Walaupun Arwah Bang Chik dh tak ada lagi dalam dunia ni.

Kalau tak ada Kak Nana, tak mungkin kita akan kenal nama Achik Spin hari ni. Kalau tak ada Achik Spin, mungkin susah untuk kita kenal siapa dia Siti Nordiana. Mereka ni ibarat saling melengkapi dlm dunia seni. Kak Nana kenalkan Arwah Achik dlm dunia seni. Arwah Achik juga yang tolong naikkan nama Siti Nordiana dlm dunia seni. Saling tolong menolong. Even dalam gegar vaganza, nama Siti Nordiana betul-betul naik mendadak lepas dia nyanyikan lagu Memori Berkasih. Ya, popularity Siti Nordiana adalah kerana usaha keras dia, tp bukankah nama arwah Achik juga sedikit sebanyak berjaya naikkan nama Kak Nana? Sebab Kak Nana orang rindu Arwah Achik. Rindu kenangan lama...

Sampai bila-bila orang akan kenang Achik Dan Nana sbg pasangan duet paling serasi. Sebab Arwah Bang Chik kan sahabat paling sejati Kak Nana. 😊

As for Abang Zoey, jgn putus asa mengorat Kak Nana ye. InsyaAllah ade jodoh, kahwin la mereka tu. Hehe. Aku tgk Abang Zoey ni pun bagus layan Kak Nana, ada sikit... Sikit la mcm arwah Bang Chik. Dgn Abg Zoey, Kak Nana melayan jer at same time still jual mahal. Tp dengan Bang Chik dulu Kak Nana jual mahal + menyampah. Menyampah bkn benci, tp menyampah mcm kita mmg terlalu kenal perangai seseorang. Terlalu kenal baik buruk pasal die tp still terima dia seadanya.

Asyik ckp psl Arwah Bang Chik dengan Kak Nana, aku ada terbaca komen2 peminat dkt Youtube psl Achik dgn Nana. Mcm2 andaian mereka. Haha. Pasal kisah cinta mereka dulu. For me, yes Bang Chik mmg sayang sangat dgn Kak Nana, sebab Kak Nana cinta pertama Bang Chik (tp Bang Chik bkn cinta pertama Kak Nana?). Tp tu semua sebelum Bang Chin berkahwin dgn Kak Tasha. Lps kahwin, cinta sejati Bang Chik utk Kak Tasha je la. Bkn utk Kak Nana lagi. Kak Nana hnyalah sahabat dunia akhirat Bang Chik. Ya kita sayang kenangan Bang Chik dgn Kak Nana, tp jagalah juga perasaan Kak Tasha ye 😊. Jgnlah komen yang melebih-lebih. Cakap semoga Bang Chik berjodoh dgn Kak Nana di akhirat nnt. Janganlah mcm tu... Kecik hati Kak Tasha kalau baca tu. I don't know, itu ketentuan Allah SWT tentang jodoh. Tapi apa yang pasti, jodoh Bang Chik dunia akhirat adalah Kak Tasha. Sampai sekarang pun Kak Tasha masih dgn janjinya, menunggu Bang Chik di syurga nanti.
Menjadi isteri Bang Chik di akhirat nanti.



Aku benci nak ckp kalaulah...
But this is an exception...

Kalaulah Bang Chik masih hidup...
Mesti dia bangga tgk Kak Nana hari ni.
Mesti nama dia pun sedang meningkat naik.
Mesti terciptanya satu fenomena baru hari ni.
Mesti bnyk lagu2 baru duet Achik dan Nana.
Terlalu bnyk kemungkinan... Yang aku harap utk terjadi...
Tp itu semua mustahil... Sebab insan itu sudah tidak wujud lagi didunia ini.



Okayla... Panjang plak story aku. Haha. Tak cukup sebenarnya. Tak apalah, nnt ade mood I story lg ye. Hehe

Comments

Popular posts from this blog

The pic Of Wedding...

UNIC now and forever....