Kalau Ada, Adalah...

Bila dh semakin dewasa ni, aku rasa diri aku ni lebih bnyk redha jer daripada memilih.
Misalnya, Bab Jodoh. Of course.
Bila dh penat mengejar jodoh.. so sekarang aku ambil pendekatan.. Redha jer.
Aku dh mohon yang terbaik pada Allah.
Aku dah nyatakan hasratku kepadaNya
Mohon hajat kepadaNya
Buat istikharah..
and finally aku serahkan segala-gala yg terbaik kepadaNya.
Allah yang selayaknya menentukan segalanya...
Kalau ada.. adalah..

Macam bila mak aku selalu usik2 aku dengan seseorang ni. Setiap kali mak aku usik, setiap kali tu aku senyap jer. Tak mengiyakan. Tak juga menidakkan.
Aku tak berani nak cakap aku suka. Apatah lagi nk cakap aku tak suka.
Kalau aku dh suka nnt harapan aku tinggi menggunung. Takut bila dh tinggi nnt jatuh.. sakitnya!
Dan aku tak berani cakap aku tak suka sebab aku takut andai satu hari nnt betul dia jodoh aku??
Kita tak tau rencana dan ketetapan yang telah Allah tulis.
So aku redha jer. Kalau dia.. dialah. Kalau org lain, org lainlah.
Yakin shj Allah dh sediakan yang terbaik.

Lagi satu bab kerja. Aku esok dh nak habis praktikal di KUIS. Ada kemungkinan aku akan diambil jadi sambilan sebab kerja aku tak siap lagi. hahaha~
Pasal kerja pun aku redha jer. Aku mintak dkt Allah, kalau kerja dkt KUIS ni yang terbaik, Kau permudahkanlah. Kalau tak berilah aku kerja dan tempat yang terbaik.
So kalau org tnya aku, aku pasrah jer. Kalau dpt dapatlah.. Kalau tak dapat pun aku redha. Tak kisah. maybe ada yg lebih baik menanti.

Waktu aku mintak tenpat intern hari tu pun, punyalah bnyk tempat yg mohon. Asyik tak dapat. Ada satu syarikat tu, terima aku, tp kene kerja 6 hari seminggu. OMG! berat aku nk terima even elaun dia bnyk. Aku tggu USIM tak panggil2. KUIS pun sama. IKM dgn UNiKL pun sama. Ada sampai dh fed up la nk tggu. Last sekali disuatu pagi aku tgh buat presentation, tiba-tiba kwn aku ckp ade no call phone aku. No KUIS kot (hebat kwn aku boleh tau tu no KUIS! haha) Last2 betul! Tu no KUIS. Org yg call aku tu nama Faziela. Dia tnya aku dpt. Confirm nak tak? Aku pun apa lagi. Cakap confirm la nak. Sebab mmg tempat lain tak dpt lagi.

Tau tak! Lepas jer KUIS cakap aku dpt intern dkt situ. Terus USIM dgn PETRONAS call aku. HEOL~ USIM tu mmg aku tolak la. Tapi yang aku terkilan sikit dkt PETRONAS la. Aku dapat tanpa isi online pun. Tak isi borang semua. tup tup dapat. Dkt KLCC pula tu. Mmg dr dulu aku impian nak intern situ. Dgn dpt elaun lagi...Tapi aku terpaksa reject... Sebab aku dh terima KUIS. And masa dh suntuk. Lecturer aku dah tak bagi tukar. Dengan berat hatinya aku pun hantar surat reject. Nak sedapkan hati, mungkin tak ade rezeki...

Dan aku rasa, intern di KUIS ni mmg yang terbaik buat aku. Boleh ulang alik rumah walaupun tak adalah dekat sngt. Tapi jimat! tak payah bayar sewa. tak bayar bil. Kadang2 makan pun tak payah bayar sebab mak ayah aku belikan. Just kene spent duit dkt minyak dengan tol la. Walaupun intern di KUIS ni tak dpt elaun. Tapi ada pro and con dia. Kalau  aku intern dkt KLCC RM 800 elaun belum tentu cukup. Nak bayar sewa, bil, transport semua tu. Mmg dh jodoh dpt KUIS kan. hehe
Harap jodoh utk kahwin pun dpt dkt KUIS la. hahahahahaha~

Mungkin jugak rasa ni datangnya dari doa2 kita. 
Bila kita serahkan segalanya pada Allah SWT. Biar Allah yang tentukan.
Sebab kadangkala benda yg kita suka bukan tentu itu yang terbaik.
Yang kita tak sangka.. tak nak itulah yang terbaik.
Bergantunglah sepenuhnya pada Allah.
Dalam apa jua perkara.
InsyaAllah.. tiada kecewa...
Dia Maha Mendengar dan Maha Memahami hamba2Nya.

Semoga dalam apa jua perkara. Allah berikan aku yang terbaik.
Biar lambat, Biar penat, Biar sakit, Biar pahit
Aku redha... :)

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Ganti

The pic Of Wedding...

UNIC now and forever....