Izinkan Aku...


Di saat aku menyebut namamu disetiap doaku
Aku memohon pada Ilahi agar diberikan aku pilihan yang tepat.
Aku meminta padaNya agar dikurniakan pertunjuk
Jika benar kau sememangnya adalah takdirku.
Dan benarlah Allah itu tidak pernah mensia-siakan doa hamba-hambaNya.
Dia berikan aku jawapan di setiap persoalan itu
Dia berikan aku kekuatan disegenap ruang rasaku.
Kerana hati dan jiwa ini telah aku serahkan kepadaNya.

Walaupun sakit.. walaupun pahit untuk menerima pada mulanya
Namun lama kelamaan aku redha disetiap ketentuaNya
Aku yakinkan diri
Pasti ada hikmah yang terjadi.
Yang terbaik telah Dia sediakan untukku
Walaupun bukan itu yang aku mahu.

Dan kini hatiku lebih tenang disaat bertemu denganmu
Tiada lagi resah dan gelisah yang melanda
Walaupun debaran itu masih terasa.

Dan kini, disaat aku rindu
Izinkan untuk aku meminjam namamu di dalam doaku
Baris-baris doa yang tulus dari hati ini
Semoga aku dan engkau dikurniakan kebahagiaan
Dengan insan yang tepat
Walaupun insan itu bukan diriku.

Kau dan Aku
Yang tak mungkin berubah menjadi KITA...
Kerana dihatimu sudah tertulis sebuah nama
BUKAN aku...

Aku pasrahkan pada Ilahi
Pada sebuah nama yang tak termiliki
Tiada yang mustahil dengan Ilahi
Andai suatu hari dia akan kembali
Aku disini sedia menanti...
Pada sebuah penantian yang tak pasti.

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Ganti

The pic Of Wedding...

UNIC now and forever....