Sejenak di SARJANA 5, SAMURA bumi bertuah

Assalamualaikum… Kalaulah anda orang yang paling kaya sekali dalam dunia, apa yang anda nak beli?? Kalau saya, saya sanggup gadaikan semua harta saya asalkan saya dapat membeli masa silam… Dengarnya macam suatu penyesalan. Orang selalu cakap yang kita tak boleh berpaling ke belakang, kena terus maju ke hadapan… Saya tahu, walau sebanyak mana duit atau harta yang saya ada, saya tidak akan mampu memutarkan masa… Masa yang berlalu akan terus meninggalkan kita. Ia takkan sesekali berpatah balik… Tapi terus terang saya cakap, saya sangat merindui masa lalu. Terlalu banyak kenangan yang ingin saya ulangi dan juga… ada banyak kisah lalu yang ingin saya hayati kembali… Saya juga ingin kembali ke masa lalu untuk memperbaiki kesilapan lalu… Saya juga ingin kembali ke masa lalu untuk memberitahu bertapa sayangnya saya pada seseorang… Saya juga nak beritahu bahawa bertapa berharganya orang2 di sekeliling saya… Tapi saya sedar… saya tak boleh mekalukan semua itu. Segala-galanya kini hanya tinggal sejarah… Walau sekuat mana saya menangis… Masa takkan kembali!

 Tiba2 pada saat ni saya rasa rindu sangat pada zaman persekolahan saya… Teringat segala pahit manis suka dan suka saya pada zaman sekolah dulu… Walau sepahit mana pun waktu dulu, bila saya kenangkan kembali saat ini… segala-galanya menjadi sesuatu yang sangat berharga buat saya. Pengalaman lalu banyak mengajar saya erti dewasa. Banyak mematangkan pemikiran saya..
Justeru itu, di sini… saya nak buat uacapan terima kasih saya pada mereka-mereka yang telah banyak mengajar saya erti persahabatan..=)

First… saya nak ucapkan jutaan terima kasih dekat kawan2 SARGEANT 5 saya… SARJANA 5 adalah dorm yang paling saya sayang sepanjang hidup saya. Di sini banyak mengajar saya erti berdikari, disiplin yang kuat, ilmu2 agama, kasih sayang dan hormat-menghormati… Terima kasih buat senior2 saya… Kak Hanan, Kak Atin, Kak Anis, Kak Nik, Kak Aisyah dan Kak Pipah… I really miss you all. Segala kata-kata dan dan nasihat daripada akak-akak, akan saya ingat sampai bila2. Terima kasih atas pengalaman lalu yang membuatkan saya lebih tabah untuk menghadapi hari2 yang mendatang…


Yang keduanya, terima kasih yang teramat sangat buat rakan2 seperjuangan di SARGEANT 5. Ain… Aisyah… Quya… Hana… Nana… Nani… dan juga Lek’aa… Dua tahun yang berlalu adalah masa yang sangat singkat! Namun dalam masa yang singkat itulah yang banyak menyedarkan kita bertapa perlunya menghargai orang2 di sekeliling kita. Hidup bersama anda semua ibarat sebuah keluarga. I really miss that thing. Terima kasih kerana menerima saya sebgai sahabat… terima kasih kerana masih mengingati saya… Terima kasih.. terima kasih… kerana anda saya ada kenangan lalu yag sangat berharga dan tak mungkin saya lupakan sampai bila2… Maaf di atas segala kesalahan.. ketelanjuran saya selama ini.. Maaf andainya saya gagal menjadi sahabat yang baik dan memahami… Saya rindu awak semua…=( Rindu sangat masa2 kita bergelak ketawa bersama… menangis bersama… walau sekuat mana bergaduh, berbeza pendapat.. tapi akhirnya kita kembali menjadi satu… Dan kini, tak mungkin lagi dapat saya rasai semua itu…
 
Akhir sekali… Terima kasih junior2 saya! Hazi… Sya… Syasya… Pha… Mai… Wafa… Alia dan Fit … Terima Kasih sebab menjadi junior yang baik. Terima kasih sebab sudi melayan kerenah akak selama ini. Anda semua adalah junior yang paling baik. Yang tak mungkin akak lupakan sampai bila2. Akak sayang awak semua!!! Maafkan akak andai tak dapat menjadi senior yang baik untuk awak semua… Really miss the moment we are together…

Special to my senior… Chi-Olieyn! Good Luck in what ever you do! Aimi akan selalu doakan kejayaan kak Hanan kat sana. You are the best senior in mylife! Really miss the moment with you. Especially mase kak Hanan datang balik SAMURA nak amik anugerah SPM. Time tu Kak Hanan kongsi katil ngan kite tido dengan kite. Itulah satu2nya saat kita rasa bertapa bahagianya kita bila ada seorang kakak. Kite tak pernah ada kakak, tapi itulah first time in my whole life, kite rase kite ade kakak. Thanks a lot for your advice. Walaupun hubungan kita tak seerat senior dan junior yang lain, tp kite still bersyukur ada Kak Hanan. Maaf di atas segala kesalahan yang kita lakukan. Maaf juga andainya kita gagal menjadi junior yang baik untuk kak Hanan…

Special to my Junior. Chi-Olla! One more time… Thanks a lot for being my junior. Kak Aimi doakan Alia akan Berjaya dalam SPM sama macam Kak Hanan. Maaf kalau selama ini Kak Aimi kurang layan Alia macam senior lain layan Alia. Maaf jugak sebab kak Aimi jarang luangkan masa untuk Alia. Walaupun selama ni Kak Aimi nak cakap sesuatu kat Alia, tapi Kak Aimi tak mampu nak luahkan.. Maaf… Apa yang selama ni kak Aimi nak cakap, Kak Aimi sebenarnya beruntung sebab ada Junior yang baik macam Alia. Kak Aimi bersyukur sngt2!Maaf sebab kak Aimi bukan senior yang baik… Segala kenangan dengan Alia Kak Aimi akan simpan sampai bila2… You’ll always be my junior… Love You!

Akhir sekali.. Terima Kasih Ya Allah. KeranaMu saya mengenal erti kasih sayang. Terima Kasih kerana mentakdirkan saya masuk SAMURA… masuk SARJANA 5…Membuatkan saya kenal sahabat2 saya… Kerana takdir ini yang takkan saya lupakan sehingga saya MATI…

Comments

Popular posts from this blog

Tiada Ganti

The pic Of Wedding...

UNIC now and forever....